Permainan popular, PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG secara rasmi mengumumkan kolaborasi terbaru mereka bersama kumpulan BLACKPINK.
Tidak didedahkan bentuk kolaborasi, namun watak Jennie, Jisoo, Rosé and Lisa dijangka akan dijadikan avatar khas dalam siri permainan tersebut.
Selain itu, peminat juga menjangkakan tema BLACKPINK dalam permainan PUBG, seperti kereta merah jambu, dan juga lightstick, sesuai untuk die-hard fan BLACKPINK.
Dalam perkembangan lain, YG Entertainment mengumumkan kumpulan BLACKPINK berjaya memecahkan rekod YouTube sebagai video premier paling ramai tontonan dan ditangga ke-13 dalam Billboard Hot 100 untuk lagu terbaru bersama Selena Gomez, berjudul Ice Cream.
Sumber: Hypebeast
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.