Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

PTPTN Ucap Selamat Bercuti Kepada Peminjam di KLIA2, Netizen Terasa?

Aimi Amira Nordin
17 Mar 2025, 01:20 PM

Rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan setiap topik berkaitan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Meskipun PTPTN giat melancarkan pelbagai usaha untuk menjejaki kembali peminjam, masih ramai di antara mereka yang sambil lewa dan gagal dalam menjelaskan hutang pinjaman masing-masing.

Terbaru, PTPTN muncul dengan idea pemasaran kreatif dalam memberi kesedaran kepada peminjam. Menerusi satu perkongsian di Tiktok oleh pengguna @azriedzmeer, PTPTN menayangkan iklan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), iklan tersebut mengucapkan;

‘Selamat bercuti kepada semua pelanggan PTPTN. Semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik anda.’

ptptn ucap selamat bercuti kepada peminjam di klia2, netizen terasa?

Foto: Tiktok

Iklan tersebut mungkin kelihatan santai tetapi mesej yang tersirat berbunyi seperti satu sindiran yang ‘pedas’ untuk peminjam yang belum melunaskan hutang mereka.

Tidak hairanlah ruangan komen dibanjiri dengan komen balas netizen yang terasa dengan iklan tersebut.

“Adoi, terkena batang hidung sendiri. Baru lepas beli tiket flight ni.”

 Ada juga yang cuba mencurah minyak ke atas api dengan membalas, 

 “Pergi bercuti ada duit, tapi hutang taknak bayar?”

Perkongsian tersebut meraih lebih 69,000 tanda suka di Tiktok dan netizen memuji cara PTPTN menyampaikan mesej. Ia umpama sebuah ‘friendly reminder’ untuk mereka yang bercuti sakan tetapi lupa tanggungjawab untuk membayar balik pinjaman.

Sumber: Tiktok

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us