Bekas penerbit rancangan Running Man, Jung Chul Min, dilaporkan akan menerbitkan sebuah rancangan baru yang akan dibintangi oleh pelawak dan juga hos, Yoo Jae Suk.
Pengumuman itu dibuat selepas Jung Chul Min meninggalkan Running Man pada bulan Julai yang lepas.
"Saya meminta Yoo Jae Suk untuk menyertai saya, dan dia dengan senang hati bersetuju. ", katanya seperti yang dipetik dari Soompi.
Ditanya apakah bentuk program yang akan diterbitkan, Jung Chul Min memberitahu bahawa ia akan berbentuk ‘outdoor variety show.’
Pengambaran dijangka dijalankan pada bulan hadapan.
Sumber: Soompi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.