Pelawak Pian Cecupak dilaporkan telah meninggal dunia di rumah ibunya di Flat Sentul Murni, Taman Datuk Senu, Sentul malam semalam.
Berusia 51 tahun, Allahyarham Mohd Rafik Abdul Rahman menghembuskan nafas terakhir jam 8 malam dan ditemui oleh ibunya ketika dia terjatuh di dalam tandas.
Memetik laporan mStar, adik Allahyarham, Hasenah memaklumkan kematiannya dipercayai berpunca daripada serangan jantung.
“Arwah sememangnya mempunyai masalah jantung sejak 2018 dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja.
“Sejak kebelakangan ini, kesihatan arwah memang agak merosot. Dia selalu juga mengadu sakit dada,” katanya.
Allahyarham pelawak Pian Cecupak dilapor akan dikebumikan sebelum zohor selepas semua prosedur pengurusan jenazah selesai sekitar jam 11 pagi ini.
Salam takziah buat keluarga Allahyarham.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.