Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Girl Power! Pesawat Malaysia Catat Sejarah, Penerbangan Dikendalikan Sepenuhnya oleh Wanita

ROSTAM, Mohamad Firdaus
19 Sep 2025, 11:17 AM

girl power! pesawat malaysia catat sejarah, penerbangan dikendalikan sepenuhnya oleh wanitaFoto: Malaysia Airlines

Penerbangan MH2610 Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu melakar sejarah apabila keseluruhan operasinya dijayakan oleh petugas wanita, bermula dari bahagian darat sehinggalah ke kokpit.

Segala aspek perjalanan, termasuk proses daftar masuk, pemeriksaan keselamatan, kerja-kerja kejuruteraan, kru kabin dan juruterbang, dikendalikan sepenuhnya oleh wanita. Kejayaan ini mencerminkan kemampuan, kepakaran serta peranan besar golongan wanita dalam industri penerbangan.

“Dengan 36 peratus tenaga kerja Malaysia Aviation Group kini terdiri daripada wanita, melebihi sasaran inisiatif 25by2025 oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

“Pencapaian ini bukan sekadar kemajuan, tetapi juga bukti bahawa langit bukan lagi menjadi batasan,” jelas Malaysia Airlines menerusi satu hantaran di Facebook semalam.

Syarikat penerbangan itu turut menzahirkan harapan agar penerbangan bersejarah berkenaan menjadi sumber inspirasi, bukan sahaja kepada warga kerjanya, malah juga generasi akan datang untuk terus bercita-cita tinggi, berani mencabar norma dan menolak batasan dalam bidang penerbangan.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us