
Foto Hiasan
Pernah dengar teori ‘7-year friendship rule’? Kalau belum, meh sini nak cerita fakta persahabatan yang kedengaran gila tetapi sebenarnya real.
Menurut seorang pakar sosiologi dari Belanda, Gerald Mollenhorst dari Universiti Utrecht, kebanyakan persahabatan sebenarnya tak kekal selamanya. Tetapi yang berjaya survive lebih 7 tahun, besar kemungkinan dia akan jadi kawan seumur hidup!
Tetapi kenapa 7 tahun?
Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa separuh daripada kawan-kawan dalam hidup kita akan berubah setiap 7 tahun. Bukan sebab gaduh, bukan sebab dah tak ngam tetapi kerana perubahan hidup seperti berpindah tempat kerja, tamat belajar, pindah rumah, dapat pasangan dan kadang-kadang... kita sendiri yang lost contact.
Kebanyakan persahabatan perlahan-lahan hilang bila kita tak lagi berkongsi ruang atau rutin harian. Kawan makan tengah hari dulu, sekarang dah work from home. Kawan rumah sewa, sekarang dah pindah ke rumah lain. Gitu lah.
Kalau ada seseorang yang masih kekal dalam hidup anda lepas 7 tahun, besar kemungkinan dia tahu aib anda dan masih sayang, dia support waktu anda down, sambut kejayaan anda macam kejayaan dia dan yang paling penting, dia tetap ada walaupun anda dah melalui beberapa fasa perubahan hidup.

Foto Hiasan
Psikologi kata, persahabatan yang bertahan macam ni selalunya terbina atas sokongan emosi konsisten dan pengalaman bersama yang mendalam. Itulah yang menjadi gam yang kuat bila hidup mula berubah.
Jadi Apa Kita Kena Buat?
✅ Hargai kawan-kawan yang dah lebih 7 tahun dalam hidup anda.
✅ Jangan ambil ringan bila mereka tetap ada walau dunia anda dah berubah.
✅ Hantar mesej atau ajak mengopi, ini simple je tetapi sangat bermakna.
Dan kalau anda baru je ada kawan rapat sekarang… jangan risau. Mungkin 7 tahun lagi, anda akan baca balik artikel ini dan tersenyum.
Sumber: Instagram (@girls)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.