Seluruh Malaysia menantikan wajah anak kepada Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Datuk K. Namun, belum sempat mereka mendedahkan wajah anak mereka secara rasmi sudah ada pihak yang tak bertanggungjawab berkongsi gambar di media sosial dan ianya tersebar cepat.
Kesal dengan tindakannya, seorang wanita Wan Noor Akmal Wan Yusof tampil memohon maaf. Menurutnya, dia terlalu teruja dan hanya berkongsi kegembiraan dengan memuat naik gambar yang dia dapat di Whatsapp ke Facebook.
Pada mulanya ramai yang mengucapkan tahniah, tapi bila ada seorang yang komen memintanya memadamkan gambar tersebut, ramai yang komen seperti itu hingga ia mendapat kecaman netizen.
“Kalau dari awal saya tahu mengenai kenyataan yang mereka belum bersedia berkongsi wajah anak, saya takkan buat perkara ini. Saya akui dan sedar kesilapan saya,” katanya seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal tempatan.
“Sekali lagi saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak sengaja untuk menyakiti hati pihak Siti," jelasnya.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.