Penerbit drama, Fadzil Teh, berharap agar pelakon Mira Filzah tidak membuat keputusan untuk berkahwin awal memandangkan namanya kini sedang meningkat naik dalam industri seni.
Memetik laporan sebuah portal tempatan, Fadzil berkata pelakon wanita itu mempunyai potensi untuk terus kekal relevan dalam persada hiburan.
Katanya lagi, sebagai pelakon yang kini sedang popular, Mira Filzah boleh terus mencipta pengaruh yang lebih besar pada usianya yang masih muda ini.
“Kalau boleh, saya berharap Mira tidak tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga ketika nama sedang meniti di bibir peminat. Dia sebaliknya boleh terus mencipta pengaruh yang lebih besar.
“Baru-baru ini, saya ada terbaca cerita dia kini mengenali hati budi seseorang. Harapnya, tidaklah dia sampai membuat keputusan berkahwin dalam masa terdekat. Bagaimanapun, soal jodoh tetap rahsia Tuhan. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya.
“Saya cuma berpendapat, dia boleh terus mencipta nama di pentas seni untuk tempoh beberapa tahun lagi,” kata Fadzil.
Fadzil juga menambah, Mira Filzah adalah antara pelakon yang mudah untuk memberikan kerjasama dan tidak berkira dalam mempromosikan lakonannya di laman sosial, khasnya Instagram.
Sumber
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.