Penyanyi, Ed Sheeran masih mengekalkan kekayaannya sebagai artis terkaya di Britain dengan memperoleh pendapatan sebanyak £100,000 (RM535,000) dalam masa sehari.
Syarikat milik Ed Sheeran iaitu Ed Sheeran Ltd tahun lalu dilaporkan telah memperoleh keuntungan kasar £36.4 juta (RM192 juta).
Jumlah itu juga adalah bersamaan RM22,041 dalam sejam, atau RM367 untuk seminit!
Memperoleh pendapatan kira-kira £87.6 juta (RM468.7 juta) sejak tahun 2017, Ed yang juga seorang komposer dan penerbit telah membayar cukai berjumlah £6.9 juta (RM36.9 juta) pada 2019
Turut bersama Ed sebagai artis terkaya di Britain adalah Taylor Swift £143 juta (RM765 juta) dan juga Kanye West ₤115 juta pound (RM615 juta) pada tahun lalu.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.