Pelakon, Nadia Brian baru-baru ini sering mencuri perhatian selepas ada segelintir netizen mendakwa penampilannya semakin seksi.
Menurut pemilik nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 29, beliau merasakan apa yang ditampilkan olehnya kepada umum tidak seharusnya dijadikan isu.
Memetik laporan dari Kosmo, Nadia berkata beliau merasa selesa menjadi diri sendiri dan apa yang ditunjukkan dalam media sosial tidaklah terlalu seksi.
“Jujurnya saya selesa menjadi diri sendiri, malah mereka yang mengenali saya pasti tahu saya jenis yang bagaimana.
“Rasanya apa yang saya pakai dan tunjuk dalam media sosial tidaklah terlalu seksi sebenarnya. Apa yang penting, pemakaian saya tidak seteruk yang boleh memalukan keluarga atau diri sendiri,” katanya.
Menurut Nadia, kritikan mengenai pakaiannya itu mungkin kerana beliau sering berkongsi aktiviti sukannya seperti bersenam.
Nadia juga berkata, beliau turut memohon doa agar dirinya berubah ke arah yang lebih baik.
Sumber: Kosmo!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.