Pelakon, Kamal Adli baru-baru ini telah menghadiri majlis pelancaran kolekso pakaian hari raya oleh Fattah Amin. Foto tersebut menunjukkan Kamal bergambar bersama pasangan popular, Fattah Amin dan Nur Fazura ketika perlancaran tersebut.
Namun, foto tersebut menarik perhatian peminat yang menyatakan Kamal kelihatan selekeh kerana mengenakan seluar koyak pada bahagian kaki.
"Selekehnya you Kamal dengan seluar koyak," tulis netizen tersebut.
Kamal segera membalas teguran tersebut dengan menyatakan tidak sempat untuk menukar seluar kerana tergesa-gesa.
Rata-rata peminat Kamal yang lain turut membidas teguran tersebut yang dianggap mereka sebagai kasar.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.