Kumpulan k-pop terkemuka dunia, Blackpink telah diseru oleh peminat-peminatnya untuk segera meninggalkan syarikat yang mengendalikan mereka, YG Entertainment atas alasan promosi yang kurang dan kontroversi daripada artis dibawah naungan mereka.
Memetik tandapagar #BLACKPINKLEAVEYG yang kini trending di Twitter, peminat kumpulan ini meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pengurusan YG Entertainment atas sikap tidak bertanggungjawab mereka dalam menguruskan artis khususnya kumpulan ini.
Blackpink telah mencatatkan rekod sebagai kumpulan dari Korea yang pertama mencapai 1 bilion tontonan di Youtube pada Isnin lalu.
Malah, Blackpink juga telah memenangi 3 anugerah dalam kategori yang dipertandingan dalam 2019 E! People's Choice Awards.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.