Beberapa bulan lalu, pelakon Mimi Lana mendedahkan bahawa hubungannya bersama kekasih, Syafiq Kyle, sudahpun berakhir.
Beliau ketika itu menganggap bahawa punca hubungannya terlerai adalah peribadi dan hanya menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.
Selepas sekian lama, Mimi menerusi satu hantaran terbaru memuatnaik foto bersama Syafiq ketika mereka bersama menjadi tetamu dalam sebuah program televisyen.
Kelihatan sedondon sama warna kuning, ramai yang mahukan pelakon ini kembali bercinta dan turut mendoakan agar mereka berbahagia.
Terdahulu, Mimi dan Syafiq dilaporkan bercinta sejak lima tahun lalu, namun mendedahkan hubungan mereka kerana merasakan kurang selesa untuk berkongsi kisah peribadi kepada umum.
Sumber: Instagram Mimi Lana
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.