Pelakon terkenal, Mel Gibson dikatakan mengenakan bayaran sebanyak £1,000 (RM5,857) kepada peminatnya untuk peluang bergambar dan berjabat tangan dalam satu acara temuramah eksklusif.
Malah, pelakon itu dijangka bakal tiba di London, Glasgow, Birmingham dan Leeds pada November ini bagi acara ‘Sebuah Pengalaman Bersama Mel Gibson’.
Pengalaman itu terhad dengan hanya 20 orang peminat sahaja diberi peluang bagi mendekati pelakon berusia 65 tahun dengan lebih dekat dan eksklusif.
Bayaran itu termasuk pakej minum, makan malam dengan persembahan muzik iringan secara langsung serta penampilan Mel Gibson yang akan berbicara mengenai karier lakonannya di Hollywood di atas pentas pada tiket berharga £345 (RM2,021).
Namun, bayaran tambahan akan dikenakan sebanyak £650 (RM3,807) seorang jika ada peminat mahu bergambar dengan pelakon itu.
Susulan itu, ini menjadikan keseluruhan tiket berjumlah £1,000 (RM5,857) dan peminat juga diberi peluang untuk membawa pulang gambar bersama Mel Gibson yang mempunyai tandatangannya.
Sumber: Metro UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.