Semalam kita dikejutkan dengan berita pemergian pelakon, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jenazah juga telah selamat dikebumikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat petang semalam.

Dalam pada itu, peminat mula berkongsikan memori bersama Allahyarham dalam kerjaya seninya, seperti penampilan beliau dalam iklan Hari Kemerdekaan tahun 1998 bertajuk 'Kasut Gombak'.


Iklan itu juga merupakan antara karya terawal Allahyarham Yasmin yang mengangkat barangan buatan tempatan setanding dengan barangan buatan antarabangsa.
Menjengah ke ruangan komen di Youtube, rata-rata peminat meluahkan rasa sedih dan takziah atas pemergian Allahyarham pada usianya 40 tahun.

Al-Fatihah.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.