Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Pemergian Shimba, Kucing Viral Hari Merdeka Undang Rasa Pilu Netizen

IDRUS, Husna Najwa
08 Oct 2025, 02:33 PM

pemergian shimba, kucing viral hari merdeka undang rasa pilu netizen

Foto: Tiktok (@jerung130)

Ribuan peminat haiwan peliharaan seluruh negara berduka apabila Shimba, kucing comel yang mencuri perhatian rakyat semasa perarakan Hari Merdeka 2025, dilaporkan telah meninggal dunia selepas beberapa hari mengalami masalah kesihatan.

Shimba, seekor kucing jalanan yang pernah diselamatkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), menjadi tumpuan ramai apabila wajahnya muncul dalam perarakan kemerdekaan tahun ini. Kecomelan dan ketenangannya ketika berada dalam ribuan peserta dan penonton membuatkan Shimba menjadi ‘maskot tidak rasmi’ sambutan Merdeka.

pemergian shimba, kucing viral hari merdeka undang rasa pilu netizen

Foto: Tiktok (@jerung130)

Menurut pemiliknya yang juga pengguna TikTok, Tiburon (@jerung130), Shimba jatuh sakit beberapa hari sebelum kehilangannya. Mereka menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan di klinik veterinar kerajaan, namun malangnya Shimba menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat bertemu doktor.

Berita pemergian Shimba tular di media sosial dan ruangan komen dibanjiri ucapan takziah daripada netizen yang pernah mengikuti kisahnya.

Insiden ini juga menjadi peringatan kepada pemilik haiwan peliharaan agar bertindak segera jika haiwan kesayangan menunjukkan tanda-tanda sakit. Pakar turut menyarankan untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta sekiranya proses temujanji di klinik kerajaan mengambil masa terlalu lama.

Shimba mungkin sudah tiada, namun kenangannya sebagai ‘Kucing Wira Merdeka 2025’ akan terus diingati dalam hati rakyat Malaysia.

Sumber: Tiktok (@jerung130)

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us