Mungkin ramai yang belum mengenali nama pelakon baharu, Sophia Albarakbah.
Namun jika anda pengikut setia drama Tercipta Satu Ikatan di Astro Ria, pasti anda kenal dengan watak antagonis iaitu Rissa.
Pelakon wanita berusia 27 tahun ini mula mencipta nama dalam industri seni tanah air apabila berjaya membawa beberapa watak dalam drama lakonannya dengan cukup berjaya.
Menurut Sophia yang mempunyai darah kacukan Melayu, Arab dan Cina ini berkata, desakan seorang teman yang memintanya hadir ujibakat filem, telah membawa dirinya masuk ke bidang lakonan.
Beliau yang pada awalnya malu-malu untuk mencuba nasib sebagai pelakon, nyata diterima baik oleh peminat meskipun ada yang melabelkannya sebagai ‘pelakon kayu’.
"Mulanya saya rasa 'down' juga apabila kena macam itu. Tapi, saya kena positif juga dengan apa sahaja pandangan yang dilemparkan untuk perbaiki kelemahan.
"Saya juga beruntung kerana ada keluarga, rakan industri dan kenalan yang sentiasa meniup semangat untuk saya lebih berjaya," katanya.
Sophia sebelum ini juga pernah tampil dalam muzik video Siti Bilang Cuti, nyanyian Danial Zaini.
Mempunyai kelulusan dalam bidang bioteknologi dan dietetik di International Medical University (IMU), Sophia mula menerima banyak tawaran berlakon, termasuklah melakonkan watak utama sebuah drama.
Dalam pada sama, Sophia mengakui rimas apabila dikaitkan dengan imej seksi dan berani, sebaliknya beliau mahu peminat bercakap mengenai bakat dan lakonannya sahaja.
"Saya kurang gemar dikaitkan begitu. Saya tidak terlalu seksi seperti yang dikatakan. Tak perlu cakap perkara itu kerana akan menenggelamkan lakonan saya.
"Saya nak peminat bercakap mengenai bakat dan lakonan berbanding perkara lain. Harap semua faham.
"Apapun saya bersyukur juga kerana ramai rakan dalam industri yang banyak beri nasihat supaya sentiasa kuat apabila berada dalam bidang ini," katanya.
Sumber: [1], [2]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.