Pelakon remaja dan juga penyanyi, Harris Alif dikhabarkan sedang menyulam cinta bersama aktres Intan Ladyana.
Menjengah ke laman Instagram, kelihaan kedua-dua selebriti ini mengenakan pakaian raya sedondon hingga mengundang teka-teki dalam kalangan peminat.
"Second raya with love," tulis Harris pada ruangan kapsyen.
Sebelum ini ini juga pelakon remaja yang bakal memasuki usia 21 tahun itu juga pernah berkongsi foto bersama Intan yang berusia 38 tahun, membuatkan peminat mendakwa bahawa mereka sedang bercinta meskipun beza usia sebanyak 17 tahun.
Ada juga yang mengatakan bahawa hubungan mereka tidak lebih sekadar kakak dan adik angkat.
Bagaimana pun tidak dapat dipastikan sejauh mana hubungan mereka berdua.
Sumber: Instagram @harrisalif / Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.