Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Malaysia Mendonia! Pelakon dari Sarawak, Zheng Xi Yong Curi Tumpuan Dunia Setelah Sertai Siri Bridgerton Musim Terbaru

ROSTAM, Mohamad Firdaus
04 Mar 2026, 02:13 PM

malaysia mendonia! pelakon dari sarawak, zheng xi yong curi tumpuan dunia setelah sertai siri bridgerton musim terbaruFoto: Instagram

Industri hiburan tempatan sekali lagi mencipta detik membanggakan apabila pelakon kelahiran Miri, Sarawak, Zheng Xi Yong diumumkan sebagai antara barisan pelakon musim terbaharu Bridgerton terbitan Netflix.

Memetik laporan portal media, aktor berusia 32 tahun itu membawa karakter Lord Barnaby, figura baharu dalam kalangan golongan aristokrat London yang dikenali sebagai the Ton. Watak tersebut dijangka menambah konflik serta warna baharu dalam jalan cerita era Regency yang menjadi identiti siri berkenaan.

Kemunculan Zheng dalam produksi bertaraf antarabangsa ini bukan sahaja memperkukuh portfolio seninya, malah dilihat sebagai langkah penting dalam memperluaskan keterwakilan bakat Asia Tenggara di platform global.

 

 

Sebelum ini, beliau pernah terlibat dalam filem pecah panggung Barbie dan muncul dalam siri fiksyen sains Silo. Penglibatan tersebut membuka lebih banyak ruang untuknya menembusi pasaran antarabangsa.

Di pentas teater pula, Zheng baru-baru ini menjayakan watak Luis Carruthers dalam pementasan semula American Psycho di London, membuktikan versatiliti lakonannya merentasi medium yang sedia ada.

Perjalanannya di persada seni global tidak terhenti di situ apabila beliau turut disenaraikan dalam projek akan datang seperti Bridget Jones: Mad About The Boy dan siri Sandokan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zheng meluahkan keterujaan menjadi sebahagian daripada Bridgerton.

 

 

“Pembaca tersayang, ini kini akaun peminat Posy Li. Saya sangat menikmati masa saya di @bridgertonnetflix dan semua orang yang saya temui dan bekerjasama! Benar-benar satu mimpi untuk menjadi sebahagian daripada semua ini,” katanya.

Musim baharu ini dijangka memberi tumpuan kepada perjalanan cinta Benedict Bridgerton dengan sentuhan naratif berinspirasikan dongeng Cinderella. Lebih menarik, seorang lagi pelakon yang mempunyai pertalian dengan Malaysia turut menyertai barisan pelakon iaitu Katie Leung.

Pelakon yang dikenali menerusi watak Cho Chang dalam filem Harry Potter and the Goblet of Fire itu akan memegang peranan sebagai Lady Araminta Gun, watak ibu tiri yang dominan dalam musim ini. Katie difahamkan mempunyai bapa kelahiran Malaysia.

Kehadiran dua figura ini dalam musim terbaharu Bridgerton menjadikan naskhah tersebut bukan sekadar kisah cinta aristokrat yang dinanti, malah simbol peningkatan pengaruh dan visibiliti bakat Asia Tenggara dalam industri penstriman antarabangsa.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us