Kontroversi yang melanda pelakon, Aliff Aziz semakin berterusan apabila seorang pelakon Indonesia, Raja Yunika Putri mendakwa Aliff Aziz mencuri duitnya ketika berada disebuah kelab malam di Singapura pada 7 Jun lalu.
“Saya menyedari wang (dolar Singapura dan Rupiah) hilang selepas kembali ke tempat duduk semasa membuat bayaran di kaunter. Saya tinggalkan beg mengandungi wang dan barang berharga di tempat duduk”
“Sudah pasti saya mengesyaki dia yang mengambilnya kerana tinggalkan beg di tempat duduk bersamanya. Saya ada memberitahunya mahu melaporkan kepada polis, namun dia mencabar saya supaya terus melaporkannya,” katanya.
Yunika mengakui ada bertemu dengan Aliff di Clarke Quay, Singapura dan laporan polis sudah dibuat.
Semoga kedua-dua pihak dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.