Filem seram dari seberang, Makmum mula menjadi sebutan ramai sejak ia ditayangkan pada 15 Ogos lalu.

Mana tidaknya, filem ini dikatakan terlalu seram hingga ada yang terbawa-bawa dalam kehidupan sebenar.
Dipetik dari Gempak, pelakon filem ini, Titi Kamal mendedahkan beliau berdepan dengan pelbagai kisah aneh dan misteri sepanjang menjalani pengambaran filem Makmum.

“Ketika salah seorang pelakon, Tissa Biani sedang melakonkan adegan solat seorang diri di dalam surau, lokasi sebenar tempat itu merupakan sebuah rumah mayat yang sudah lama tidak digunakan.
“Waktu itu semua sudah senyap di set dan tiba-tiba ada suara berbisik kecil sama seperti yang anda dengar di trailer menyebut ‘Allahuakbar’.
“Jadi pengarah bertanya, siapa yang bersuara kerana bunyi itu kedengaran sangat dekat. Tapi waktu itu semua senyap jadi itu ternyata bukan suara kami.
“Seorang lagi pelakon, Bianca Hello ada bersama saya di satu ruangan dan ketika itu, saya sedang tidur.
“Dia kemudiannya mendengar seseorang yang sedang bernafas dengan laju dan bunyinya agak dekat. Tetapi saya waktu itu sedang tidur dalam keadaan yang biasa,” cerita Titi kepada Gempak.

Lokasi pengambaran filem Makmum dijalankan di Ciherang, Sumedang Selatan, Jawa Barat, merupakan lokasi yang terkenal dengan kawasan keras dan didakwa berhantu.
“Ada seorang kru penggambaran yang merupakan orang terakhir yang tinggal di set setelah kami semua pulang.
“Jam 12 malam, dia terdengar seperti bunyi seseorang sedang mandi di bilik air. Jadi dia pun tunggulah, mungkin ada kru atau pelakon yang masih belum pulang.
“Lama dia tunggu dan kemudian bunyi mandi itu hilang. Jadi dia cuba masuk ke dalam bilik air itu untuk melihat jika ada orang tetapi tiada sesiapa pun yang berada di situ,” komennya lagi.
Filem Makmum mengisahkan Rini, seorang penjaga rumah mayat dihalau keluar dari rumahnya dan memilih untuk bekerja di asrama puteri, yang diduduki oleh Nurul, Putri dan Nisa. Namun, pelbagai kisah seram terjadi kepada mereka termasuk kewujudan hantu makmum yang mengganggu mereka ketika solat.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.