Seorang pelakon dari Indonesia, Anya Geraldine, 24, membuat pengakuan yang dirinya masih lagi meneruskan tabiat menghisap susu dari botol seperti bayi kecil.
Menerusi laman Twitter miliknya, beliau turut berkongsi foto menunjukkan dia sedang berbaring atas katil sambil menghisap botol susu meskipun kini sudahpun berusia 24 tahun.
“Ceritanya, apabila saya sudah berada dalam kelas 6, saya diminta berhenti menyusu botol oleh ibu bapa. Semuanya (botol susu) terus dibuang, dan akhirnya kembali menyusu botol sewaktu di kolej…”, kata Anya.
Pelakon cantik itu menegaskan tetap mahu meneruskan tabiatnya meskipun dihalang ibu malah bersedia membeli botol baru jika botol susunya dibuang lagi.
Sumber : Metro & Anya Geraldine
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.