Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Kes Zara Qairina: Peguam Keluarga Tegaskan Tidak Boleh Dedah Maklumat Prosiding

ROSTAM, Mohamad Firdaus
20 Aug 2025, 02:12 PM

kes zara qairina: peguam keluarga tegaskan tidak boleh dedah maklumat prosidingFoto: Astro AWANI

Peguam kepada keluarga pelajar Tingkatan Satu yang meninggal dunia, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, menjelaskan bahawa pihaknya tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat berhubung prosiding pertuduhan lima remaja di Mahkamah Kanak-Kanak, Kota Kinabalu, pagi tadi.

Menurut peguam, Hamid Ismail, kekangan itu timbul kerana prosiding tersebut tertakluk di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001, yang menghalang pendedahan maklumat berkaitan perbicaraan melibatkan kanak-kanak.

“Tunggu penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) kerana kami tidak boleh melanggar perintah mahkamah. Hari ini memang ada prosiding di Mahkamah Kanak-Kanak, tetapi kami tidak boleh memberikan sebarang komen kerana wujudnya ‘gag order’.

“Kalau perkara lain boleh dijawab, tetapi dalam isu ini, kami terikat dengan undang-undang,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Kota Kinabalu.

Beliau menambah, langkah seterusnya bagi kes ini adalah prosiding inkues yang telah difailkan oleh pihaknya untuk menjadi pihak berkepentingan (interest party) bagi memastikan perjalanan inkues dapat disertai oleh keluarga arwah.

Terdahulu pada sebelah pagi, lima pelajar perempuan dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak berhubung pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina. Prosiding berkenaan berlangsung secara tertutup di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus.

Sementara itu, semalam AGC dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa pertuduhan terhadap kelima-lima remaja terbabit adalah di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan kerana perbuatan buli semata-mata, dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan punca kematian Allahyarhamah.

Untuk rekod, Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, sehari selepas itu.

Sumber: Astro AWANI

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us