Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Peguam Desak Pembuli Zara Qairina Didakwa Ikut Seksyen Lebih Berat

ROSTAM, Mohamad Firdaus
19 Aug 2025, 01:51 PM

peguam desak pembuli zara qairina didakwa ikut seksyen lebih beratFoto: Gempak

Kumpulan peguam yang mewakili ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir memohon agar pendakwaan terhadap lima remaja perempuan yang terbabit dalam kes buli pelajar tingkatan satu itu ditangguhkan sementara waktu supaya pertuduhan lebih berat dapat dipertimbangkan.

Menurut kenyataan bersama barisan peguam termasuk Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd. Luqman Syazwan Zabidi, Mohd. Syarulnizam Mohd. Salleh dan Farrah Nasser, mereka hanya dimaklumkan semalam bahawa semua remaja berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025).

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Namun, para peguam berpendapat pertuduhan itu terlalu ringan serta tidak sepadan dengan tragedi yang berlaku.

“Kami baru dimaklumkan bahawa kelima-lima remaja tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 507C(1) kerana membuli Zara Qairina. Justeru, kami memohon agar Peguam Negara dapat menangguhkan pendakwaan itu buat sementara.

"Kami akan mengemukakan permohonan rasmi supaya pertuduhan dipinda mengikut Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan,” kata kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar menegaskan pihaknya akan meneruskan pendakwaan seperti dijadualkan. Lima remaja terbabit, yang kesemuanya berusia bawah 18 tahun, akan dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu esok.

“Kita akan teruskan,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Terdahulu, beliau mengesahkan bahawa pertuduhan yang akan dikenakan adalah mengugut dengan mengeluarkan perkataan berbentuk ancaman, menghina atau mengaibkan sehingga menyebabkan mangsa berasa terganggu, tertekan, takut atau cemas.

Sementara itu, pasukan peguam keluarga arwah menegaskan bahawa pendakwaan yang dicadangkan kini terlalu ringan dan bimbang jika ia akan menghalang pendakwaan lain pada masa hadapan kerana faktor ‘double jeopardy’, iaitu prinsip undang-undang yang melarang seseorang dibicarakan dua kali atas kesalahan yang sama.

“Kes ini melibatkan kematian seorang pelajar. Pertuduhan di bawah Seksyen 507C(1) jelas tidak setimpal dengan tragedi dan penderitaan yang menimpa keluarga mangsa. Kami berharap Peguam Negara dapat menilai semula keputusan ini demi keadilan,” tambah mereka.

Allahyarham Zara Qairina, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah sekitar jam 3 pagi. Beliau sempat menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, namun meninggal dunia sehari kemudian akibat kecederaan parah.

Kes berkenaan mencetuskan perhatian ramai apabila beberapa pelajar dipercayai terlibat dalam insiden buli terhadap arwah. AGC sebelum ini menegaskan keputusan untuk mendakwa remaja berkenaan tidak akan mengganggu perjalanan inkues yang bakal dijalankan.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us