Baru-baru ini, penerjun negara, Pandelela Rinong, telah selamat bergraduasi dari Universiti Malaya.
Namun tular pula video aksi terjunan beliau ke kolam renang sempena meraikan kejayaan menggenggam ijazah.
Aksi terjunan ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen hingga ada yang menyifatkan ia tidak menghormati pakaian tersebut.
Namun begitu, Pandelela mempunyai sebab sendiri berhubung aksinya itu.
"Kalau anda merancang untuk mengadakan 'wet party' lebih baik anda beli jubah konvokesyen bersama papan mortarnya sekali,"
"Adakah anda menyukai jubah graduasi anda? Memandangkan saya sangat sukakan warna dan rekaannya, saya ucapkan tahniah buat UM (Universiti Malaya) untuk jubah graduasi ini.
"Saya sangat gembira apabila dapat membelinya dan menggantung di rumah. Manalah tahu boleh menyuntik motivasi untuk saya menyambung pelajaran selepas Tokyo 2020," tulis Pandelela menjelaskan situasi sebenar.
Sumber: Instagram @pandelela
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.