Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

[Video] Panda Nuan Nuan ‘Naik Angin’, Kejar dan Cabut Bulu Burung Merak

ROSTAM, Mohamad Firdaus
11 Jul 2025, 12:43 PM

[video] panda nuan nuan ‘naik angin’, kejar dan cabut bulu burung merakFoto: Tangkapan skrin layar

Tular di media sosial sejak semalam satu rakaman video berdurasi dua minit yang memperlihatkan seekor panda gergasi betina bernama Nuan Nuan bertindak agresif di sebuah zoo di China, hingga mengejutkan ramai pengguna media sosial.

Video tersebut yang dimuat naik di platform X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) memaparkan detik mencemaskan apabila Nuan Nuan secara tiba-tiba mengejar seekor burung merak yang kebetulan berada di dalam kawasan sangkarnya. Panda tersebut bukan sahaja mengejar, malah turut mencabut beberapa helai bulu burung berkenaan.

Insiden itu difahamkan berlaku selepas burung merak yang bebas berkeliaran di kawasan zoo tersebut dipercayai memprovokasi haiwan comel itu, yang secara semula jadinya dikenali sebagai haiwan jinak dan pasif.

Nuan Nuan merupakan anak kepada pasangan panda Feng Yi dan Fu Wa, yang pernah ditempatkan di Malaysia sebelum dipulangkan ke China pada tahun 2017. Nuan Nuan dilahirkan di Zoo Negara pada 18 Ogos 2015 dan menjadi simbol hubungan diplomatik erat antara Malaysia dan China dalam program pemeliharaan panda gergasi.

Tindakan agresif Nuan Nuan yang dilihat berlari laju dan menyerang burung merak itu nyata bertentangan dengan sifat semula jadi panda yang biasanya lembap dan tenang. Reaksi spontan panda tersebut turut mengundang pelbagai respons daripada pengunjung zoo dan netizen yang menyaksikan rakaman itu.

 

 

“Ini kali pertama saya lihat panda bertindak begitu garang,” komen seorang pengguna dikenali sebagai Peter.

“Pertama kali saya tengok panda boleh lari laju. Biasanya mereka baring sahaja makan buluh,” komen seorang lagi.

Turut mencuit hati ialah komen berseloroh daripada Man yang menulis,

“Berani benar burung merak tu ganggu. Dia tak tahu ke Nuan Nuan lahir di Ampang?”

Sehingga kini, video aksi mengejutkan tersebut telah meraih lebih empat juta tontonan dan menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial dari pelbagai negara.

Insiden ini bukan sahaja menimbulkan rasa ingin tahu tentang tingkah laku haiwan tersebut, malah menjadi satu momen yang tidak dijangka, sekali gus memberi gambaran bahawa haiwan comel seperti panda juga boleh bertindak luar jangka apabila merasa terancam atau diprovokasi.

Sumber: X

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us