Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Selamat Tinggal Raja Heavy Metal, Ozzy Osbourne Meninggal Dunia pada Usia 76 Tahun

IDRUS, Husna Najwa
23 Jul 2025, 09:52 AM

selamat tinggal raja heavy metal, ozzy osbourne meninggal dunia pada usia 76 tahun

Foto: X (@OzzyOsbourne)

Dunia muzik kehilangan salah satu ikon terbesarnya apabila bintang heavy metal legenda, Ozzy Osbourne, meninggal dunia pada usia 76 tahun hanya beberapa minggu selepas kembali bersatu dengan rakan-rakan lama Black Sabbath di konsert perpisahan yang penuh emosi di Villa Park, Birmingham.

Dalam kenyataan keluarganya, mereka meluahkan kesedihan mendalam:

"Dengan kesedihan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, kami ingin memaklumkan bahawa Ozzy Osbourne yang kami cintai telah meninggal dunia pagi ini. Beliau pergi dikelilingi keluarga dan kasih sayang."

Pada 5 Julai lalu, Osbourne duduk di atas singgahsana pentas sambil menyampaikan ucapan penuh terharu kepada lebih 42,000 peminat:

"Kamu semua takkan faham betapa besarnya makna ini untuk saya terima kasih dari lubuk hati saya."

Konsert ‘Back To The Beginning’ itu menyaksikan Ozzy kembali bergabung dengan anggota asal Black Sabbath, Tony Iommi, Terence ‘Geezer’ Butler dan Bill Ward buat kali pertama dalam 20 tahun. Turut memeriahkan pentas ialah band-band kegemarannya seperti Metallica dan Guns N’ Roses, menjadikan malam itu sebagai ‘final bow’ yang diimpikan ramai.

selamat tinggal raja heavy metal, ozzy osbourne meninggal dunia pada usia 76 tahun

Pemergian Ozzy disambut dengan penghormatan yang tulus daripada rakan-rakan dan legenda muzik, Metallica memuat naik gambar bersama Ozzy dengan emoji hati patah. Ronnie Wood (The Rolling Stones) menulis,

"Saya amat sedih mendengar berita kematian Ozzy Osbourne. Betapa indahnya konsert perpisahan beliau di Birmingham."

Akaun rasmi Black Sabbath berkongsi gambar beliau di konsert dengan kapsyen ringkas, ‘Ozzy Forever!’. Ali Campbell (UB40) menyebutnya sebagai

"Prince of Darkness, legenda sejati Birmingham yang bukan sahaja membentuk budaya heavy metal, malah mendefinisikannya."

Sir Elton John menyifatkan Ozzy sebagai "pencetus revolusi muzik dan salah seorang insan paling kelakar pernah saya temui."

Dilahirkan sebagai John Michael Osbourne pada 3 Disember 1948 di Aston, Birmingham, Ozzy dikenali sebagai Godfather of Heavy Metal. Bersama Black Sabbath, beliau menghasilkan lagu-lagu ikonik seperti Iron Man, Paranoid dan War Pigs. Album sulung mereka pada tahun 1970 melonjak ke Top 10 UK dan membuka jalan untuk kejayaan global, dengan lebih 75 juta album terjual di seluruh dunia.

selamat tinggal raja heavy metal, ozzy osbourne meninggal dunia pada usia 76 tahun

Selepas dipecat pada tahun 1979 kerana masalah disiplin dan gaya hidup liar, Ozzy bangkit sebagai artis solo dengan album Blizzard of Ozz dan Diary of a Madman, yang kedua-duanya mencapai multiplatinum.

Kehidupannya turut menjadi perhatian dunia melalui rancangan realiti MTV, The Osbournes, yang memaparkan kehidupannya bersama isteri tercinta, Sharon, dan anak-anak mereka, Kelly dan Jack.

Walaupun pernah bergelut dengan masalah kesihatan termasuk penyakit Parkinson dan kecederaan serius akibat terjatuh pada 2019, Ozzy tetap kembali membuat kejutan pada pentas, termasuk kemunculan di Sukan Komanwel 2022.

Sepanjang kerjayanya, beliau diiktiraf dengan pelbagai penghormatan:

✅ Dua kali dimasukkan ke Rock and Roll Hall of Fame (sebagai anggota Black Sabbath dan artis solo)

✅ Bintang di Hollywood Walk of Fame dan Broad Street Birmingham

✅ Pemenang lima anugerah Grammy

✅ Penerima NME’s Godlike Genius dan Classic Rock Living Legend

Ozzy Osbourne pergi meninggalkan Sharon, lima orang anak dan cucu-cucu tersayang. Namun, legasinya sebagai pelopor heavy metal dan ‘Prince of Darkness’ akan terus hidup di hati jutaan peminat di seluruh dunia.

Selamat jalan, Ozzy. Rock & roll akan sentiasa merindui dentingan suaramu.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us