Pelakon Ozlynn mengakui menerima banyak luahan daripada pengikutnya di media sosial dalam situasi sukar ini.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Ozlynn berkongsi pelbagai golongan terkesan akibat lonjakan kes COVID-19 ketika ini dan berniat untuk membantu golongan yang memerlukan.
“Bila buka dm sendiri sehari beratus dm minta bantuan, selagi boleh aku bantu nak beli susu anak, barang dapur memang aku cuba usahakan,” katanya.
Isteri kepada penyampai radio ERA, Johan juga menyifatkan usaha ini dapat meringankan sedikit beban individu yang benar-benar kesusahan ketika ini.
Pelakon itu juga menegaskan untuk tidak melayan golongan yang mengambil kesempatan dan memberi laluan kepada golongan yang sedang kesempitan wang untuk perbelanjaan mereka.
“Dalam keadaan macam ini ramai juga yang ambil kesempatan, kasihan kepada yang benar-benar memerlukan,” ujarnya.
Ozlynn berharap agar pandemik ini dapat berakhir agar kehidupan akan kembali normal seperti sedia kala.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.