Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Nubhan Fail Pengesahan Lafaz Cerai, Hadir ke Mahkamah Syariah Esok

ROSTAM, Mohamad Firdaus
15 Oct 2025, 11:38 AM

nubhan fail pengesahan lafaz cerai, hadir ke mahkamah syariah esok

Foto: Instagram

Selepas sedekad melayari bahtera rumah tangga, penyanyi dan usahawan, Nubhan dilaporkan bakal ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang esok bagi prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Menurut sumber terdekat pasangan tersebut, permohonan berkenaan difailkan Nubhan atau nama penuhnya Ahmad Nubhan Ahamad, 39, pada awal September lalu.

“Setakat yang saya tahu, prosiding esok adalah bagi pengesahan lafaz talak yang telah difailkan Nubhan. Bila lafaz itu dibuat kena tanya sendiri padanya. Mereka berdua akan hadir bersama peguam masing-masing,” ujar sumber itu yang enggan dikenali.

Tambahnya, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu sudah tidak tinggal sebumbung dengan isterinya sejak Ogos lalu selepas lafaz talak dibuat.

“Mereka kini hidup berasingan. Tiga anak mereka yang masih kecil berada di bawah jagaan Afifah,” katanya lagi.

Sementara itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Dr Afifah mengesahkan anak guamnya akan hadir di mahkamah seperti dijadualkan untuk sebutan pertama kes tersebut.

“Saya difahamkan suaminya melafazkan cerai ketika mereka berada di dalam kereta sekitar hujung Ogos. Namun, sama ada mahkamah akan terus mengesahkan perceraian atau memerlukan siasatan lanjut, bergantung kepada keputusan hakim esok,” katanya ketika dihubungi media.

Tambahnya lagi, sebarang kenyataan lanjut berkaitan punca perceraian akan dijelaskan selepas prosiding berlangsung.

Datuk Akberdin sebelum ini turut dikenali sebagai peguam kepada beberapa selebriti tempatan termasuk Puteri Sarah Liyana, Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Sharnaaz Ahmad, Harith Iskander serta bekas isterinya, Dr Jezamine Lim.

Nubhan dan Afifah, yang juga seorang doktor gigi, mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas setahun bertunang. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Sumber: Kosmo Online

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us