Pelakon Nora Danish dan Tiz Zaqyah selesai menjalani kuarantin selama 10 hari selepas sembuh daripada dijangkiti COVID-19.
Menerusi hantaran di akaun Instagram, Nora memaklumkan pelbagai pengajaran yang diambil atas kejadian yang menimpa dirinya.
“Alhamdullilah gelang sudah di gunting, terima kasih pada KKM team yang jaga saya selama 10 hari.
“Rumah pun sudah disanitasi, terima kasih banyak. Sekarang jom kita jaga kita. Jangan keluar rumah la bila tak penting, saya pun dah belajar pada kesilapan lalu. Jaga diri semua,” tulis Nora di Instagram.
Bagi Tiz Zaqyah, dia bersyukur kerana telah pulih daripada wabak COVID-19 apabila disahkan positif dua minggu lalu.
Menerusi hantarannya di Instagram, Tiz berkongsi foto ketika memotong gelang merah jambu menandakan dia sudah bebas daripada penyakit itu dan selesai menjalani kuarantin.
“Alhamdulillah 18 Mei 2021 (sembuh), saya lihat ramai orang, pak cik, mak cik, kawan, bayi. Umurnya semua setahun, 33,45, 70 tahun.
“Jadi anda jangan fikir ini perkara kecil, anda salah. Jaga diri,” tulis Tiz di Instagramnya.
Tambahnya, Tiz juga menjalani kuarantin di rumah sebagai langkah berjaga-jaga untuk memutuskan rantaian COVID-19.
Sumber: Instagram Nora Danish, Tiz Zaqyah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.