Pelakon, Nora Danish telah berkongsi sedutan klip lakonannya bertajuk Suami Aku Ustaz yang pernah ditayangkan pada Mei 2015.
Filem cinta arahan Ghaz Abu Bakar ini telah dibintangi oleh pelakon seperti Ady Putra, Nora Danish dan Izzue Islam pernah menjadi tontonan ramai ketika itu. Siapa sangka, ketika ini Nora Danish sudahpun berusia 33 tahun, sedangkan beliau membawa watak gadis 17 tahun dalam filem ini.
“Suami Aku Ustaz! 2015. Got this from Utube Sebab tu tak clear. I love this movie so much! Good job abg @ghazabubakar & abg @adpadiputra! One of my fav! Walaupun kena bawak boat for real!!! Sorang2 kat laut tu. haha.
“Kayuh basikal Ganas, semua kena ganas, mmg mencabar betul, Sebab tu best! & @izzueislam bff ya power dalam ni. Same goes to my mu @bettyrahmad . We had so much fun shooting this film in Melaka. Hahha byk memories!!! I was 33 this time but bawak watak 17 tahun. Me likely!,” tulisnya pada kapsyen.
Filem Suami Aku Ustaz ini merupakan adaptasi daripada novel nukilan Hannah Dhaniyah.
Sumber: Instagram Nora Danish
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.