Bertahun kemelut yang melanda Nora Danish dan Fasha Sandha. Tahun lalu Nora memfailkan saman fitnah terhadap Fasha yang mendakwa dihalau semasa satu pertunjukan fesyen. Ingin berdamai, Nora menarik balik saman fitnah tersebut.
Mereka berdua bersetuju untuk menyelesaikan masalah antara mereka di luar mahkamah.
Nora bersetuju untuk menarik balik saman fitnah yang dikemukakan beliau dan syarikatnya terhadap Fasha bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM20 juta selepas Fasha mengemukakan permohonan maaf di Mahkamah Tinggi Shah Alam di hadapan Hakim M Gunalan pada 22 Mei lalu.
Fasha juga memohon maaf dan tak akan mengeluarkan kenyataan fitnah lagi di masa hadapan.
"Semua pihak sudah menyelesaikan perkara ini seperti tertera dalam penghakiman persetujuan di mahkamah.
"Sempena bulan mulia ini, saya memutuskan untuk membiarkan perkara ini berakhir seperti itu," jelas Nora.
Sumber: BH Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.