berita hiburan era Nora Danish Terharu Bila Berjaya Khatam Al-Quran Pada 9 Malam Terakhir Ramadan, ''Ada Hikmah PKP Ni..'' Beliau turut berkongsi cara bagi orang lain yang mahu menghabiskan bacaan Al-Quran. Editor 14 May 2020, 07:07 PM Share Tweet Pelakon, Nora Danish memberitahu bahawa beliau meluahkan rasa syukur kerana berjaya khatam Al-Quran pada 9 malam terakhir Ramadan.Menerusi update di laman Instagram miliknya, Nora meluahkan rasa syukur dan seakan tidak percaya mampu khatam Al-Quran tahun ini.“Terima kasih kepada pengikut yang mendoakan setiap kali saya kongsi perjalanan khatam. Perjalanan khatam ni juga tidak akan sempurna tanpa doa suami dan ibu tercinta. Suami yang banyak bersabar mendengar suara sumbang setiap hari. Ada hikmah PKP ni. Bagi saya, boleh fokus 110%,” tulis Nora.Malah, Nora turut berkongsi cara bagi orang lain yang mahu menghabiskan bacaan Al-Quran.“Pada mulanya satu muka surat nak habiskan rasa susah. Lama-lama lima muka surat jadi 10, jadi 20, jadi 30 dan seterusnya boleh cecah 150 muka surat satu hari.", tulisnya lagi. View this post on Instagram Ya Allah , Syukur Alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Mcm tak percaya dapat Khatam pada 9 malam terakhir Ramadhan 😢 SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui. Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan Pada Arwah Papa. Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Ampunilah dosa dosa nya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah Maha Mengasihani , Maha Penyayang Dan Maha Pengampun 🙏🏼 Terima lah ya Allah bacaan hamba Mu yg tidak sempurna ini 😢SesungguhNya Allah Maha Penerima. InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok. Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang , tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora Yg padat, niat Nak Khatam bertahun tahun tersekat. Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal , so nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan , takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadi nya , saya pula berminat dengan pen digital itu , Jadi saya pula start mengaji 😍 Aturan Allah 💜 Dan ditambahkan pula , bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah Khatam during MCO , lagi berkobar jiwa raga ini. Thank u babe, 😘 u pendorong semangat I. Harap post nora ini , akan pula membuka niat pada mereka Yg lain. InsyaAllah. Sama sama kita share benda yang baik. Pada mula nya. Satu muka surat nak habiskan rasa susahhhhh nyaaaa. Lama lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari. Sampai Rasa tak sabar Nak bgn tido n start mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ini. Allah Maha Mendengar. Terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran digital pen ini. Juga Terima kasih pada followers Yg Mendoakan Setiap kali nora share perjalanan Khatam ini. Dan perjalanan Khatam ini tidak akan sempurna tanpa Doa Suami & Ibu tercinta💜 Terima kasih , love u both. Suami Yg byk bersabar mendengar suara sumbang Setiap hari 🤦🏼♀️😬 Ada hikmah MCO ini Bagi saya. Boleh focus 110 percent. Kalau tidak ada je dugaan. Next , terjemahan 🥰A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on May 13, 2020 at 11:34pm PDTAlhamdulillah.Sumber: Instagram Nora Danish Share Tweet Filled Under : trending info era viral hiburan gmmj noradanish *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.