Pelakon, Nora Danish bukanlah satu nama yang asing dalam industri seni negara.
Beliau mula dikenali pada tahun 2005 ketika menjayakan watak utama dalam sitkom Puteri arahan Aziz M. Osman.
Mengimbau kembali detik awal sebelum disunting oleh pengarah tersebut, Nora sebelum itu muncul dalam iklan sebuah syarikat telco tempatan.
“Iklan Maxis yg buat Nora ke bidang lakonan selepas di lamar oleh abg Aziz M Osman ☺️.
“Kening zaman tu mmg tengah ‘in’ !!! Lagi nipis lagi power hahahahha”, tulis Nora pada video 60 saat yang dikongsikannya di Instagram.
Meskipun video tersebut sudah berusia lebih 15 tahun, raut wajah jelita pelakon ini tidak banyak bezanya dengan sekarang.
Rata-rata netizen turut mengenang dan mengimbau kembali iklan terbabit, sambil memuji kecantikan Nora yang tidak berubah daripada dahulu hingga sekarang.
Sumber: Instagram Nora Danish
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.