Penyanyi meningkat naik Noki daripada kumpulan K-Clique memaklumkan dia menerima terlampau banyak komen berbaur tidak senonoh daripada pengikut wanita yang lebih berusia di akaun Instagramnya.
Ahmad Ikhwan Aji atau mesra disapa Noki, dia enggan memandang serius komen yang diterimanya itu.
Penyanyi berusia 27 tahun ini menganggap ia sebagai gurauan dan usikan peminat semata-mata.
Memetik laporan Mstar, Noki terasa banyak perbezaan daripada sebelum ini selepas kemenangan lagu Gila. Kini, lebih ramai peminat daripada kalangan orang yang lebih berusia berbanding orang muda yang panggilnya gelaran ‘abang’.
“Sampaikan ada satu kejadian lucu apabila seorang wanita yang lebih berusia dari saya menulis komen berbaur lucah pada salah satu foto yang saya muat naik di akaun instagram.
“Saya hanya ketawa baca komen itu dan anggap gurauan semata-mata.. Rasa lucu sebab tak sangka boleh sampai ke tahap itu,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terkini, Noki akan bekerja dengan lebih keras lagi dan akui kejayaannya sebelum ini sedikit berat tetapi InsyaAllah dia akan buat yang terbaik.
“Kemenangan lagu Gila sama sekali tidak akan mengubah sikap saya, saya pun ada berjumpa dengan bekas pemenang sebelum ini dan bertanya mereka apa yang perlu, jadi saya ambil apa nasihat yang baik daripada mereka,” ujarnya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.