Pelakon Bollywood, Priyanka Chopra bakal melangsungkan perkahwinan bersama penyanyi, Nick Jonas bulan hadapan.
Walaubagaimana pun, kedua-dua pasangan ini telah mengadakan ‘pre-wedding’ bersama ahli keluarga masing-masing di New Delhi, India, baru-baru ini. Kelihatan mereka bergambar bersama dengan sebiji kek sebagai lambang sambutan sebelum menjelangnya tarikh perkahwinan mereka.
Menurut sumber, pasangan ini akan ke Jodhpur, India bagi sesi pengambaran dan beberapa majlis untuk meraikan keluarga kedua belah pihak tidak lama lagi.
Sumber : E News, IG @roykapurfilms
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.