Pelakon popular dari Indonesia, Nia Ramadhani mendedahkan pernah hidup dalam kesusahan semasa zaman sekolahnya dahulu.

Menceritakan pengalaman ketika zaman remaja, pelakon berusia 30 tahun itu mendedahkan pernah terpaksa ke sekolah dengan menaiki van tambang, yang juga dikenali sebagai ‘angkot’.
“Ibu saya sudah malas hantar, akhirnya kena naik van tambang. Kamu tahu tak perjalanan dari rumah saya untuk pergi menimba ilmu itu sangat sukar?
“Dari rumah saya harus berjalan kaki untuk naik van sampai ke Pondok Labu, kemudian tukar lagi ke van warna putih ke Stadion Lebak Bulus. Di situ ada bas mini dan terus sampai ke Pondok Indah,” katanya.

Kisah tersebut dikongsi oleh Nia menerusi program Nyonya Boss yang ditayangkan pada 15 November lalu.
Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Bawang Merah Bawang Putih itu juga berpesan kepada penonton agar terus berusaha untuk mendapat kesenangan hidup dimasa akan datang.
Sumber: Kapan Lagi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.