Pelbagai spekulasi melibatkan bintang bola sepak terkenal Neymar JR apabila berhasrat mahu kekal atau pindah ke pasukan bola sepak yang lain.
Baru-baru ini, persoalan itu terjawab apabila Neymar akhirnya menandatangani kontrak baharu bersama Paris Saint-Germain (PSG) untuk tempoh empat tahun lagi.
Bintang bola sepak berusia 29 tahun itu mengumumkan kontrak berkenaan akan kekal sehingga 2025.
"Saya sangat-sangat gembira dapat menyambung kontrak dengan PSG sehingga 2025," kata Neymar di laman web rasmi PSG.
"Jujurnya, saya sangat gembira untuk berada di sini selama empat tahun lagi, menjadi sebahagian daripada projek kelab, mencuba dan memenangi gelaran, untuk mencuba dan mencapai impian terbesar kami iaitu Liga Juara-Juara.
"Oleh itu, saya gembira dapat kekal di kelab, menjadi sebahagian daripadanya dan menyambung kontrak saya," katanya lagi.
Terdahulu, ramai peminat bola sepak seluruh dunia membuat andaian berkenaan Neymar akan kembali ke kelab lamanya, Barcelona.
Pada Ogos 2017 lalu, Neymar menyertai PSG dari Barcelona dengan nilai £198 juta (RM1.057 bilion) menjadikannya binta bola sepak paling ‘mahal’ di dunia setakat ini.
Sumber: The Guardian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.