Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Netizen Kecoh, Teruja Tengok Orang Malaysia ‘Join’ Running Man

ROSTAM, Mohamad Firdaus
23 Sep 2025, 11:37 AM

netizen kecoh, teruja tengok orang malaysia ‘join’ running manFoto: Threads

Siapa sangka, daripada sekadar melancong ke Korea Selatan, dua wanita Malaysia tiba-tiba menjadi ‘peserta jemputan tak rasmi’ rancangan realiti popular, Running Man.

Lebih mencuit hati, mereka bukan sahaja berpeluang bertemu barisan selebriti terkenal program tersebut, malah turut membantu bintang utama, *Song Ji Hyo*, menamatkan salah satu misi permainan.

Terseret Masuk Shooting

Momen mengejutkan itu dirakam dalam sebuah video yang kini tular di media sosial. Dua wanita Malaysia berkenaan dilihat begitu teruja apabila secara dekat bertemu Ji Hyo, si Ace kesayangan ramai.

Bukan itu sahaja, mereka juga sempat berjumpa dengan beberapa ahli lain ketika kru sedang menjalankan penggambaran. Menariknya, mereka terus diajak menyertai salah satu permainan ikonik Running Man.

Walaupun pada mulanya kelihatan terkejut dan tidak percaya, kedua-duanya akhirnya masuk ‘mood game’ dan ternyata berjaya membantu Ji Hyo melengkapkan misinya. Situasi itu disambut sorakan meriah serta gelak tawa ahli Running Man yang lain.

 

@casminyong Bangga weh. Thank you kak wakilkan org malaysia jumpa runningman tgh shooting😭 Pov credit to : @/amirahyusoffff (thread) #runningman #malaysia #fyp ♬ original sound - D

 

“Macam Tak Percaya Ji Hyo Depan Mata”

Menerusi perkongsian di Threads, salah seorang daripada wanita berkenaan, @amirahyusoffff, mengakui masih terkejut dengan pengalaman tersebut.

“One of the random moment in our trip. Tapi otak loading betul sebab tengah process betul ke Song Ji Hyo depan mata ni,” tulisnya.

Dia juga sempat berkongsi gambar kenangan bersama ahli Running Man serta POV video daripada kameranya sendiri.

Netizen Malaysia Bangga

Video itu pantas tular dan dibanjiri komen warganet Malaysia yang teruja serta berbangga melihat rakyat kita ‘masuk’ Running Man.

“I would react the exact same way kalau Song Ji Hyo panggil.”

“Dengan saya goosebumps masa awak jawab (misi) tu. Saya pula yang rasa bangga awak jawab betul.”

“Bila dengar jeritan mereka lepas awak jawab betul tu, mesti awak terkejut, blur, tapi gembira pada masa yang sama. Lawak betul.”

Tak disangka-sangka, nama Malaysia ‘masuk frame’ Running Man sekali gus mencipta detik manis buat dua pelancong bertuah

Sumber: Threads @amirahyusofff, X

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us