Filem terbaru arahan Syafiq Yusof iaitu Misteri Dilaila menjadi buah mulut netizen kerana dikatakan seram dan misteri.
Trailer misteri Dilaila dikatakan seram dan misteri membuatkan ramai yang tak sabar untuk menontonnya 21 Februari ini.

Mengisahkan dua pasangan muda, Jefri dan Dilaila bercuti di sebuah rumah banglo di Frasser Hill milik arwah bapa Dilaila.
Malam pertama di rumah tersebut, Jefri diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Keesokan harinya, Jefri mendapati Isterinya sudah hilang.
Jefri menjadi risau dan menghubungi pihak Polis Frasser Hill untuk mengesan isterinya. Imam Aziz muncul dengan berita gembira memaklumkan bahawa isteri Jefri sudah di jumpai serta dalam keadaan selamat.
Jefri yang pada mulanya berasa lega kini terkejut dengan kepulangan isteri beliau kerana wanita yang muncul bersama Imam Aziz itu adalah orang lain yang mengaku dirinya adalah Dilaila, isteri kepada Jefri.
Namun siapakah yang betul dan siapakah yang salah dalam situasi ini menjadi tanda - tanya dan persoalan.
Jangan lupa nantikan kemunculan filem plot twist akhir yang anda sendiri takkan terfikir apa akan terjadi di pawagam berdekatan anda pada 21 Februari ini yang menampilkan pelakon hebat Zul Ariffin, Elizabeth, Namron, Sasqia Dahuri dan Rosyam Nor.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.