Hujung minggu lalu, pasangan pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa telah selamat diijabkabulkan di Masjid al-Mutaqqin, Seri Kembangan dengan sekali lafaz.

Menerusi sebuah video yang kini tular dilaman sosial, Ardell kelihatan kekok ketika Nadzmi Adhwa mahu menyarungkan cincin pada jarinya.

Namun, video berkenaan nyata mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada netizen di Twitter termasuk ada yang mengecam aksi mereka itu kononnya dibuat-buat.
Ardell menerima hantaran senaskah al-Quran dan mas kahwin RM300 serta masing-masing menyerahkan dua dulang hantaran.
Difahamkan, Al-Quran tersebut merupakan hadiah yang diberikan oleh Ardell kepada Nadzmi sewaktu majlis merisik dan diserahkan kembali sebagai hantaran selepas khatam dan difahami tafsirnya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.