Gara-gara geram dan marah dengan watak antagonis lakonan dalam sebuah drama di televisyen, Hannah Delisha terkejut menerima banyak mesej di Instagramnya.
Menurut pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch, 24, ramai yang telah memberi pesanan mesej kepadanya kerana marah akan watak Amani yang dibawa beliau dalam drama berkenaan.
“Memang ramai yang marah dengan saya sebab Amani hancurkan rumah tangga kakaknya, Amanda (lakonan Nelydia Senrose) dengan menggunakan ilmu sihir.
“Malah, ada juga yang menyuruh saya membuka tudung sebab tidak layak memakainya kerana terlampau jahat. Lucu tetapi kalau benci Amani, janganlah marah saya pula,” katanya kepada Kosmo!.
Menurut Hannah, beliau bangga dengan diri sendiri kerana berjaya membawa watak itu dengan baik, hingga di ‘benci’ oleh penonton.
Terdahulu, Hannah tampil dengan imej berhijab sejak September lalu dan rata-rata peminat memberikan sokongan dengan penampilan terbaru beliau ini.
Sumber: Kosmo!, Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.