![nelissa nizam trauma selepas menjadi mangsa gangguan seksual](https://media2.fishtank.my/media/era/assets2/b3dce1c8-494a-4eb4-b4ff-3d0c8eec70be.jpg)
Pelakon Nelissa Nizam mengakui masih trauma dengan kejadian menjadi mangsa gangguan seksual semasa awal kariernya dalam industri seni tanah air.
Sewaktu kejadian berlaku dia masih belum memahami realiti dunia seni dan terpaksa menjadi peramah kerana bimbang akan digelar sombong. Namun perkara ini telah diambil kesempatan oleh lelaki.
“Saya sentiasa cuba untuk menjadi seorang yang peramah agar orang senang dengan diri kita. Tapi kadang-kadang kita terlalu baik, orang akan salah erti orang itu. Apabila ada individu yang cuba tarik kita, buat sesuatu yang agak melampaui batas, perkara itu buat saya jadi trauma.” ulas Nelissa.
Semoga perkara menjadi iktibar buat semua kaum hawa diluar sana.
Sumber Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.