Sejak kelmarin, timbul gosip mengenai rumah tangga pelakon, Sharnaaz Ahmad bersama isterinya, Noor Nabila, selepas foto dihadapan sebuah mahkamah dimuatnaik oleh Nabila.
Dipetik menerusi Media Hiburan, Neelofa menyokong penuh apa yang dilakukan oleh kakaknya, meskipun masih belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh mereka setakat ini. Ia juga demi kebahagiaan diri mereka dan anak, Jebat Jayden.
“Saya tahu, saya merupakan individu yang akan ditanya mengenai apa sahaja perkara yang berlaku melibatkan mereka. Tetapi apabila bercakap mengenai situasi yang berlaku, saya bukanlah orang yang tepat untuk menjawab setiap persoalan media.
Cuma saya nak semua orang tahu saya akan menyokong apa sahaja tindakannya asalkan kakak saya gembira. Saya, keluarga dan rakan-rakan sentiasa berada di belakangnya dalam apa sahaja situasi.
Nabila layak yang terbaik dari segi siapa pasangannya, dia layak mendapatkan yang terbaiklah dalam kehidupan rumahtangga. Semoga Allah permudahkan..”
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.