Pelakon dan pengacara, Neelofa, telah dicalonkan dalam kategori Entrepreneur di anugerah antarabangsa, Influencer Awards 2019 yang bertempat di Monaco.
Dipetik daripada Gempak, Neelofa tidak menyangka akan tercalon dalam anugerah tersebut, lebih-lebih lagi ia dipengerusikan oleh keluarga diraja Monaco.
“Sejujurnya, saya tidak menyangka tercalon dalam anugerah ini. Selain dikelolakan oleh keluarga diraja dan diadakan di luar negara, majlis anugerah ini juga bakal dimeriahkan dengan calon-calon lain daripada negara-negara berbeza.
“Tentulah, menang bakal menjadi satu yang besar kepada saya. Tetapi, saya mahu ke sana kerana merasakan ia masa yang sesuai untuk berjumpa dengan individu-individu berpengaruh lain dna mengembangkan rangkaian saya.
“Insya-Allah, saya akan terbang ke sana kerana segala pengangkutan dan penginapan telah disediakan. Peluang ini bukan datang selalu, jadi saya sangat menghargainya. Saya juga berharap agar pencalonan ini dapat memberi inspirasi kepada orang Malaysia lain untuk bermimpi lebih besar dan mencari lebih banyak peluang,” katanya.
Anugerah yang baru kali kedua diadakan itu akan diadakan pada 5 dan 6 Disember 2019 dan antara nama-nama pemenang adalah seperti blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).
Cayalah Neelofa!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.