Selebriti popular, Neelofa meluahkan rasa syukur dan gembira selepas model hijab terkemuka, Halima Aden mengumumkan untuk berhenti daripada tampil di pentas peragaan fesyen.
Halima, gadis berusia 23 tahun dari Kenya itu merupakan antara model pertama yang memakai hijab bagi memperagakan jenama gah antarabangsa.
Neelofa menerusi laman Instagram beliau berkongsi paparan skrin berita mengenai Halima yang mengatakan industri fesyen telah memaksanya untuk berkompromi dengan agama.
“Adikku yang dikasihi @halima, semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan keberanian yang luar biasa untuk membuatkan kamu terus maju. Allahuakbar,” tulis Neelofa.
Menerusi berita The Guardian, Halima menceritakan perjalanannya sepanjang menjadi model antarabangsa, berdepan dengan pelbagai cabaran untuk kekal sebagai wanita Muslim.
Antaranya, beliau terpaksa melewatkan waktu solat, dan mengenakan seluar jeans sebagai pengganti hijab.
Selain Neelofa, model terkenal antarabangsa, Gigi Hadid juga memberikan sokongan kepada Halima atas keputusannya untuk berhenti daripada dunia peragaan fesyen.
Sumber: Neelofa , The Guardian, GigiHadid
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.