Selebriti versatil, Neelofa telah selamat melahirkan bayi sulungnya pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
Menerusi kenyataan di laman Facebooknya, suaminya Haris Ismail meluahkan rasa syukur untuk berkongsi berita gembira ini.
“Assalamualaikum wbt. Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang,” katanya.
Tambahnya, Neelofa juga dikhabarkan dalam keadaan yang sihat dan sedang berehat.
“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” tulisnya.
Nama Muhammad Bilal menjadi pilihan buat kedua pasangan ini untuk cahaya mata sulung mereka.
Haris juga mewakili keluarganya berterima kasih buat semua pihak yang mendoakan isterinya dan berharap mendoakan kesihatan dan kesejahteraan putera mereka.
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata,” ujarnya lagi.
Semoga Muhammad Bilal menjadi anak yang soleh dan khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara.
Tahniah sekali lagi buat Neelofa dan Haris
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.