Tindakan Neelofa yang didapati merakam sedikit sedutan filem The Lion King dalam wayang telah mendapat kecaman ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan ikon muslimah itu.
Neelofa menerusi Instastory miliknya ada menyiarkan rakaman filem The Lion King dan ramai beranggapan ia satu tindakan yang kurang wajar.
Pemilik akaun Twitter @MegatAliff telah mempersoalkan sama ada ada pihak yang akan bersuara mengenai isu ini kerana status Neelofa sebagai seorang selebriti.
Bertindak atas maklum balas ini, pihak GSC dan TGV telah memberi balas atas tindakan Neelofa ini dan akan melaporkan ia kepada pihak berwajib.
Selepas teruk dikecam, Neelofa tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan tersebut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.