Selepas kisah hubungan pengacara dan pelakon terkenal, Neelofa bersama psangannya PU Riz menjadi bualan ramai, Neelofa akhirnya tampil membuat kenyataan bahawa hubungan mereka masih lagi baik.
Menurutnya, terdapat banyak salah faham dan cerita tidak benar sehingga memburukkan keadaan dan hubungan mereka.
"Alhamdulillah hubungan kami berdua baik-baik sahaja. Apa yang terjadi baru-baru ini, disebabkan banyak salah faham serta cerita-cerita yang tidak berasas hingga memburukkan lagi keadaan. Namun hakikatnya hubungan kami okay.
"Tipulah dalam setiap perhubungan tiada salah faham berlaku. Pasti ada pahit manis serta naik turun yang perlu kami lalui bersama. Kami juga sama seperti pasangan lain.
"Tapi syukur kami berdua berjaya menyelesaikan masalah dan cabaran yang timbul dengan berkat bantuan keluarga. Selain itu, kami juga banyak berbincang dan berkomunikasi untuk menyelesaikan salah faham yang terjadi. Alhamdulillah hubungan kami semakin baik dan positif," katanya.
Tambah lagi, beliau juga dilaporkan bakal berkongsikan berita meengenai perkahwinannya dalam waktu terdekat.
Terdahulu, hubungan Neelofa dan PU Riz menjadi perbualan hangat di media sosial selepas ahli keluarga Neelofa dilihat seakan menyindir seseorang, malah foto merisik pasangan itu juga dikatakan telah dipadam di Instagram.
Sumber: [1]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.