Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Neelofa Mohon Henti Kecam Ameera - “Saya Nak Yang Terbaik Untuk Adik Saya"

Aimi Amira Nordin
20 Feb 2025, 03:08 PM

neelofa mohon henti kecam ameera - “saya nak yang terbaik untuk adik saya

Foto: Instagram

Selebriti dan pengacara popular, Neelofa memohon netizen untuk berhenti mengecam adiknya, Ameera Khan dan pelakon kontroversi Indonesia, Jefri Nichol yang sedang hangat menjalin hubungan cinta.

Memetik artikel Astro Gempak, Ini susulan daripada terdapat pihak yang kurang senang dengan kemesraan yang dipamerkan mereka di media sosial selain kisah peribadi Jefri yang penuh dengan cerita panas.

Dalam pada itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, menjelaskan bahawa dia sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai kakak dengan menasihati Ameera, namun enggan berkongsi secara terperinci mengenai perkara itu.

"Saya tidak boleh berkongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan. Cuma sebagai kakak, saya sudah melakukan bahagian saya dan tahu apa yang sesuai untuk dilakukan terhadap adik saya.

"Pada masa sama, saya mahu minta semua, jangan mengecam atau tulis yang buruk-buruk. Sekalipun kamu suka atau tidak suka, tolong selitkan doa yang baik.

"Susunan takdir Allah dan segala perancangan boleh diubah menjadi sesuatu yang baik dengan doa yang baik. Sudah tentu saya nak yang terbaik untuk adik-adik dan kakak saya," katanya.

neelofa mohon henti kecam ameera - “saya nak yang terbaik untuk adik saya

Foto: Instagram

Bagaimanapun, Neelofa ketika ditemui di Anugerah Ibu Zain 2025 semalam, menjelaskan bahawa  walaupun kisah percintaan adiknya terus menjadi topik hangat netizen, namun Neelofa tidak terganggu dengan segala kecaman yang dilemparkan.

"Alhamdulillah tak mengganggu saya langsung. Namun tak bermakna saya tak peduli apa yang orang tegur dan nasihat.

"Kita ambil cakna dan benda itu saya rasa tak patut kita kongsikan kepada khalayak mengenai apa yang kami buat atau bincangkan.

"Saya rasa tak perlu untuk saya beritahu. Cukup sekadar perkara ini diketahui oleh adik-beradik, ibu dan ayah saja." katanya lagi.

Dalam pada itu, Neelofa turut memberitahu bahawa keluarganya juga mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan segala isu yang berlaku dengan berhemah dan beradab.

neelofa mohon henti kecam ameera - “saya nak yang terbaik untuk adik saya

Foto: Instagram

"Kami ada cara tersendiri. Mungkin keluarga dan adik-beradik lain ada cara tersendiri untuk saling menasihati. Kami pun ada cara kami tersendiri.

"Walaupun di mata orang belum cukup bagus, Tapi insya-Allah kita tahu apa yang terbaik untuk dia," katanya.

Sumber: Astro Gempak

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us